Saturday 29 February 2020, 7 Rejab 1441
About JUH
Syarat dan Peraturan Pendaftaran Haji Bagi Musim Haji 1439H/ 2018M PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 20 March 2012 09:21

 

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah A-li ‘Imraan ayat 97 tafsirnya:

“ Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah. Iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya ”.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam yang bermaksud: “Barangsiapa telah mengerjakan haji dan keadaannya tidak bercakap kotor dan tidak fasiq / membuat maksiat, maka kembalilah keadaannya suci daripada dosa seperti keadaannya di hari ia dilahirkan oleh ibunya ”

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

_____________________________________________________________________________________________

TARIKH PENDAFTARAN MENUNAIKAN IBADAT HAJI TAHUN 1439 HIJRAH / 2018 MASIHI

Bermula pada Hari Isnin, 24 Safar 1439 Hijrah bersamaan 13 November 2017 Masihi sehingga Hari Selasa, 27 Jamadilawal 1439 Hijrah bersamaan 13 Februari 2018 Masihi, Jam 08.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 02.00 petang hingga 03.30 petang.

Pusat-Pusat Pendaftaran :

i. Unit Pendaftaran, Bahagian Pengurusan Haji, Jabatan Urusan Haji, Tingkat 2, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam.

ii. Pejabat Hal Ehwal Ugama di Daerah Belait, Tutong dan Temburong.

Borang permohonan hendaklah dihadapkan dan didaftarkan oleh pemohon atau ketua keluarga pemohon itu sendiri dan bukannya diwakilkan kepada pegawai syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji.

Borang permohonan yang telah lengkap diisikan berserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihadapkan kepada Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

A. SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN MENUNAIKAN IBADAT HAJI

1. Pemohon adalah rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam. Warganegara Asing yang berkahwin dengan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap adalah juga dibenarkan mendaftar.

2. Pemohon belum pernah menunaikan ibadat haji. Bagi pemohon yang pernah menunaikan ibadat haji boleh mendaftar dan diberi pertimbangan tertakluk kepada kekosongan kuota.

3. Pemohon hendaklah berumur 15 tahun ke atas. Bagi yang berumur 15 tahun ke bawah hendaklah mendaftar bersama keluarga.

B. KRITERIA-KRITERIA KELAYAKAN DAN PEMILIHAN

1. Bagi pemohon yang belum pernah menunaikan ibadat haji. Pertimbangan-pertimbangan akan diberikan kepada permohonan-permohonan berikut :-

i. Pemohon diletakkan dalam senarai menunggu mengikut urutan pendaftaran.

ii. Pemohon yang sering terganggu kesihatannya kerana ditakuti tiada kesempatan bagi mereka untuk menunaikan haji di tahun akan datang dan jika berhajat membawa pendamping dikehendaki menamakan seorang pendamping, walau bagaimanapun tertakluk kepada pandangan, nasihat dan pengesahan pegawai perubatan.

iii. Pemohon merupakan seorang warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan jika berhajat membawa pendamping dikehendaki menamakan seorang pendamping baginya.

iv. Pemohon ingin mengerjakan ibadat haji kerana haji nazar atau haji badal atau haji wasiat.

v. Pemohon yang menjadi pendamping / mahram kepada ahli keluarga yang terpilih.

2. Bagi pemohon yang sudah pernah menunaikan ibadat haji. Pertimbangan-Pertimbangan akan diberikan kepada permohonan-permohonan berikut :-

i. Pemohon diletakkan dalam senarai menunggu mengikut urutan pendaftaran dalam mana senarai pemohon yang berhak dipilih sudah tidak lagi ada.

ii. Pemohon telah mengerjakan haji semasa masih kecil, kemudian berhasrat / berhajat melaksanakan haji setelah beliau dewasa. Begitu juga pemohon yang telah mengerjakan ibadat haji semasa beliau bertugas sebagai pegawai haji, kemudian berhasrat / berhajat menunaikan ibadat haji.

iii. Pemohon ingin mengerjakan ibadat haji kerana haji nazar atau haji badal atau haji wasiat.

iv. Pemohon yang menjadi pendamping / mahram kepada ahli keluarga yang terpilih.

Apa-apa permasalahan yang timbul dari perlaksanaan syarat dan kriteria ini, maka pandangan hukum syara’ akan dirujuk.

C. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPENUHI

1. Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Tekad Haji di Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei ( TAIB ) atau Akaun Simpanan Haji di Bank Islam Brunei Darussalam ( BIBD ) sebelum membuat pendaftaran kecuali :-

i. Pengurus dan pegawai-pegawai syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji.

ii. Pegawai-pegawai Pejabat Urusan Haji ( Pentadbiran dan Perubatan ).

2. Pemohon wanita hendaklah mempunyai mahram sebagaimana yang terkandung dalam Panduan Hubungan Mahram: muka surat 7. Mana-mana pemohon wanita yang tidak mempunyai mahram tidak akan dibenarkan untuk menunaikan ibadat haji. Walau bagaimanapun bagi pemohon wanita yang berumur 45 tahun dan ke atas bolehlah menunaikan ibadat haji secara berkumpulan sekurang-kurangnya 3 orang tertakluk kepada peraturan dan kebenaran pihak Kedutaan Arab Saudi di Negara Brunei Darussalam.

3. Pemohon hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan dan menjalani suntikan selaput otak dan suntikan-suntikan yang diperlukan dari masa ke semasa. Tarikh pemeriksaan kesihatan bakal jemaah haji akan dimaklumkan kemudian.

4. Pemohon hendaklah mengikuti kursus-kursus haji yang diaturkan oleh Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

5. Pemohon dikehendaki menempah gelang tangan dan akan memakainya di Arab Saudi sebagai tanda pengenalan diri jemaah. ( Tarikh dan tempat bagi penempahan gelang tangan akan dimaklumkan kemudian ).

6. Pemohon hendaklah memastikan sahlaku [ Validity ] passport yang akan digunakan dan sekurang-kurangnya setahun sebelum bertolak ke Arab Saudi dan mencukupi tidak kurang 6 keping ( 12 muka surat ).

7. Pemohon hendaklah membuat pembayaran pakej haji terus kepada syarikat-syarikat operator haji yang diikuti dan yang mendapat kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej haji. Tarikh pembayaran pakej akan dimaklumkan kemudian.

8. Pemohon yang berhasrat untuk membatalkan pendaftaran dan pemergian menunaikan ibadat haji hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Jabatan Urusan Haji

Kementerian Hal Ehwal Ugama

Negara Brunei Darussalam.

DOKUMEN – DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Borang Permohonan Pendaftaran Menunaikan Fardhu Haji:-

* 1 keping salinan kad pengenalan pemohon.

* 1 keping salinan sijil nikah pemohon.

* 1 keping salinan paspot pemohon.

* 4 keping gambar terkini hitam putih ukuran paspot pemohon.

* 1 salinan Akaun Tekad Haji daripada Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei atau Akaun Simpanan Haji di Bank Islam Brunei Darussalam ( BIBD ).

TALIAN – TALIAN TELEFON

JABATAN URUSAN HAJI, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

Operator : 2382300 / 2382301 / 2382302

Unit Pendaftaran : EXT 287

Unit Kurnia Tambang : EXT 286

Unit Pengendalian Jemaah : EXT 283

Unit Kursus : EXT 284

Unit Dasar dan Perhubungan Haji : EXT 280 / 281 / 282

SYARIKAT-SYARIKAT PERKHIDMATAN PAKEJ HAJI TAHUN 1439 HIJRAH / 2018 MASIHI

 

BIL

NAMA SYARIKAT / ALAMAT

EMAIL

NO

TELEFON

1.

DARUSSALAM HOLDINGS SENDIRIAN BERHAD

The Aiprort Mall

Simpang 13-25, Unit 10-12, Ground & First Floor, Kampong Jaya Setia, Mukim Berakas A, Bandar Seri Begawan, BB2713, Brunei Darussalam

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

2231964

2231965

2.

STRAITS CENTRAL AGENCIES (B) SENDIRIAN BERHAD

Unit F9, Block F, Kompleks Setia Kenangan 2, Simpang 150-17-20, Kg Kiulap, BE1518, Mukim Gadong, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

2230801

2230802

3.

CONTINENTAL YACHTING SENDIRIAN BERHAD

No 9, Ground Floor, Bangunan Hasbullah Daud 1, Km 4 Jalan Gadong, BE3919, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

2233200

4.

RAUDHAH AL-AMIN SENDIRIAN BERHAD

Lot 81B, Unit 5B Tingkat Bawah,

Jalan Bunga Rambai, Kuala Belait KB1131, Negara Brunei Darussalam.

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

3347573

5.

AT-TAQWA TRAVEL TOURS SENDIRIAN BERHAD

Block A, Unit 5, 6 & 7, Ground Floor, Latifuddin Complex, Tungku Link, Rimba Gadong, Bandar Seri Begawan, BE 3719

Negara Brunei Darussalam.

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

2431234

Last Updated on Wednesday, 15 November 2017 16:16
 

Activity Calendar

Last month February 2020 Next month
S M T W T F S
week 5 1
week 6 2 3 4 5 6 7 8
week 7 9 10 11 12 13 14 15
week 8 16 17 18 19 20 21 22
week 9 23 24 25 26 27 28 29

Member Login



Who's Online

We have 10 guests online

JUH Portal

Opinion About JUH